Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia
Slam merdekakan diri, minda, dan segala yang berkaitannya
Topik kali ni memang pasal merdeka
tapi aku dedikasikan entry kali ni buat sahabat aku
Azwan Abdul Aziz
dan sepupunya Ilo
yang telah kembali ke rahmatullah pada petang 31 Ogos 2013
seorang yang agak pendiam bagi mereka yang tak mengenali
happy go lucky
overall arwah yang aku kenal
sejak berkawan dari hujung 2011 tu
arwah baik sangat orangnya
masa aku dapat sms bagitau arwah dah takde
mulanya aku sangkakan sekadar gurauan
dah sampai hospital putrajaya pun
dah tengok sendiri jenazah arwah baru aku percaya
tapi semalam memori tu seakan flash back
satu persatu datang kembali
maaf wan, aku tak sempat tunaikan janji aku kat ko
harap ko maafkan aku.
otw hantar mira balik, radio keluar lagu yang arwah selalu nyanyi kat karaoke
hmm, sebak betul rasanya
wan, moga ko ditempatkan dikalangan yang beriman
dan moga roh ko dicucuri rahmatNya
malam semalam aku termimpi
arwah dan sepupunya dah selamat dimandikan
lepastu datang sorang lelaki cium peluk dorang
muka arwah bersih je
walau sekadar mimpi
aku cerita balik kat orang ape yang aku mimpi
rasa macam depan mata
subhanallah
begitulah,
ajal tak kira usia, jantina, tempat, bangsa semua tu takde beza
kalau dah tiba masanya
kembali lah kita pada Nya
aku berharap
aku punya kesempatan
untuk memohon maaf pada semua
dan memohon semua untuk maafkan aku
Al-Fatihah