Thursday, April 5, 2012

over again


setelah sekian lama
sejak 11 mac lepas
segalanya telah berubah untuk aku

tapi kejadian 3 april ubah balik everything
seumpama cuba memutarkan kembali roda itu
baru aku sedar selama ini banyak sifat aku yang childish
mungkin bagi persepektif orang nampak aku begitu
mungkin sebab selama ni takde orang yang tegur aku directly kot

thanks to you,
kalau bukan sbb die bebelkan kat aku
mungkin sampai harini aku masih berfikiran begitu
ada benarnya kata2 dia
sampai bila aku nak begitu
umur aku pun dah meningkat sangat ni
tak berkurang pun :)

5april akan berada dalam ingatan
aku berharap kejadian tadi takkan berulang
dan aku berharap harini akan jadi titik permulaan
untuk hari yang lebih baik. insyaAllah

bonne nuit :)

Sunday, March 25, 2012

25mac part1 2012


Assalamualaikum
konon nak rajinkan diri balik update.
mungkin tak -.-"

tadi pagi bangun tidur around 9am
sakit perut yang amat
pergilah toilet melepaskan hajat *yikees!
masuk bilik pening yang amat
baring2 rasa nak muntah lak
lalu aku pun pergi mandi
mandi punye mandi muntah pulak
berdarah lagi :(

aku rasa ni gara-gara aku minum coke semalam
aku belikan untuk SI hari rabu lepas
tapi sbb die tak minum coke
aku pun tak minum sebenarnya
tapi sbb dahaga and air tu je ade dalam peti
aku bedal la habis sebotol
nah, padan muka kan da sakit

lepastu pergi pasar tani mega yang kat stadium dgn fara and teha
beli barang dapur, makan char kuey tiaw sikit. heheh
perut sakit tak hilang lagi
pastu singgah giant beli coolblog
aku terkenan korean citrus tea tu
dah agak rasa die camne
hahahahha. saje gedik
beli buah betik
pastu merambangkan mata konon nak beli dimsum
tapi tak jadi :(
teha beli lah
nak balik sesat cari kereta pulak
hahahhaha

odw balik singgah rumah mona fendi. tatau betul tak
then pergi rumah hantu yang s2 tu
dah takde kerja sangat
padahal kerja melambak
hahahha -.-"

okaylah. nanti malam sambung lagi
dengan gambar
kot.

Saturday, March 24, 2012

23 march 2012

Assalamualaikum

seriously dah lama aku tak menaip
kalau boleh bersawang blog ni aku rasa 6 inci tebalnya

Alhamdulillah semester 4 bermula dengan sedikit dugaan
tapi sedikit demi sedikit dah stabil
rumah berpindah randah atas sebab yang sangat mengarut tapi itu hakikatnya

banyak assignment pending
tadi tghari gerak klcc
jumpa k.fasya buat script untuk short film kami
again Alhamdulillah 70% done
perlu pembaikan lagi tapi agak terkejut kitorang berjaya settlekan tadi

masih ada kerja en.nad
kerja rmd
minor
bel
dan banyak lagi

KEWANGAN
sesuatu yang aku belum berjaya kawal
dan aku mengharapkan ada kerja partime
kalau tak mmg mati aku nak sara diri sampai bulan 7

gtg
nnt sambung
:)

Tuesday, February 7, 2012

37/366 home sweet home


assalamualaikum
kejap je dah feb kan?
aku pun dah selamat balik rumah balik
nanti march baru balik shah alam balik

well,
dah duduk rumah ni
takde la nak keluar aje kerjanya
duduk rumah dediam ajelah kan
selamat lah ade kazen aku si aten ni
kalau tak beku aku kat rumah

balik je rumah ade job
rezeki kot
capturing moments untuk orang tunang
seronok tengok
aku ni belum ada rezekinya lagi
calon pun takde kan
heks ;)

okay.
kena tetapkan hati
niat memang dah lama ada
NAK DIET!
ade bet dengan orang
siapa turun berat banyak. dia menang
yang kalah kena belanja makan seminggu
fuuuuu -.-"

and erm,
ade yang jadi
datang tanpa diduga
mengembalikan memori
duka, pedih, sakit
senang, gembira
semua ada
oh
hmm
next

noight,
assalamualaikum

Tuesday, January 24, 2012

23/366


seperti hari yang lain
sama saja tiada yang berubah
aku teringin lah pulak nak makan cheesecake kan





akhirnya dengan itu aku membuat keputusan
dengan ajakan MH pergi SR
kitorang jumpelah kat SR Marina Island tu
lelepak chillchill sesembang
terasa sangat pelik
sebab kali terakhir berjumpa 26.10.2011
nak cakap pun tatau nak cakap ape
macam excited sangat dapat jumpe die
die makin kurus
hmmmm
dan tak pandang aku pun
tapi takpe
dah dapat jumpe
dah puas hati
heeeee

SI?
diam sejuta bahasa
payah amat nak rep txt aku
tapi takpe
nak marah sah2 tak boleh
bukan boyfriend aku pun
kawan je pun kan?
so chill la
heee lagi -.-"

so,
tinggallah aku sendiri
macam biasa
SUPERDUPERALONE
alahai
loser :)

Sunday, January 22, 2012

page 22/366


Assamualaikum.
seperti biasa tiada yang berubah
cuma penat yang teramat sebab ngulang 
shah alam - kuantan - shah alam - sitiawan
pheww

and today
something considered good for me
he finally rep my tweet
superduperhappy
walaupun bkn seperti yang aku mahu
tapi sekurangnye die tak mendiamkan diri dari aku
tu pun cukuplah :)
thanks MH

terkejut aku tetiba die mention pasal SI tu
aish. hahah. that is so funny
entah nape -.-"
kalau betul saye ni ade jodoh dgn someone
i will let you know :)








Thursday, January 19, 2012

Assalamualaikum
dah bersawang jugaklah blog aku ni kan
dah sepi dari entry merapu aku

mungkin terlalu busy dengan final ni ha
esok last paper aku
paper ATH
ape yang aku study pun aku tatau masuk ke tak dalam kepala
4 am menggagahkan diri pergi D.E 8 ni 
selamat ada si atiq tu hantarkan aku kemari

bukan ape.
aku punye berukben dah tak boleh pakai
2 bulan tak bayar kan
sobsob
kena cari kerja ni
tapi aku belum pasti nak duduk sini ke balik perak
mama suruh stay sini je
abah suruh balik

and now i'm pushing myself to a dead end
aku dah cuba pelbagai cara untuk melupakan MH
yes, dia masih dalam hati aku dan masih tetap utuh disitu
tempat dia dalam hati aku seperti dah terpahat
aku masih mencuba untuk memikirkan MH

aku bertemu dengan sahabat baru
spend time dengan dorang dengan harapan aku boleh lupakan MH
tapi baru aku sedar lagi aku cuba lupakan dia lagi dalam luka itu
so aku da buat keputusan buat bodoh je. macam sekarang

lappy die masih pada aku ni
lappy aku jahanam
hp aku pun jahanam
semua pun nak jahanam
hati aku ni dah lama jahanam
hewhew

okaylah. nak sambung focus study
nanti sambung lagi
nitey night ;)

Monday, January 2, 2012

happy new year!


selamat datang tahun 2012
kejap je rasanya
tahun 2011 sudah pun pergi meninggalkan kita
umur pun dah makin bertambah
tinggi tak jugak. heheh

well,
semester 3 degree di uitm shah alam pun nak habis dah
sekarang sedang menunggu final paper. huuu~

new year celebration patut dengan mama and abah
tapi dorang tak jadi datang
so aku kuar dengan kawan2 aku
tapi akibat kesesakan lalulintas
tengok bunga api kat seksyen 17 jelah kan
lepastu round2 kl tgk roadblock bersepah
polis sana sini
muahahahaha

aku rasa aku tak lepas semester ni
entah kenapa
agak banyak rintangan
tapi tulah kena terus berfikiran positif

now kena mengatur strategi untuk menghadapi 2012 yang makin mencabar
tanpa MH disisi
dan family yang jauh nun disana

MH,
i miss you
take care okay
saye doakan awak gembira selalu
sihat sejahtera
dan bahagia disamping keluarga dan buah hati tercinta

*bila nak move on ni? huuu~