Thursday, May 30, 2013

#20



tak diseru
tapi tiba-tiba datang menderu
tak keliru
tak haru

sesekali diamkan diri
mungkin mencari entiti
mungkin carinya jati diri
dah berhari puas mencari

dalam mimpi bersua
tapi tak pula bersuara
sekadar imej yang tertera
dah pudar tapi tak selesa

sendiri lagi
mengejar lagi
sampai bila lagi
insyaAllah nanti


Saturday, May 25, 2013

#19



dan bila semua tak mampu lagi bicara
aku hanya mampu pejamkan mata
mengharapkan keajaiban berlaku
aku pasrah

bukan aku tak mahu usaha
bukan aku tak mahu peduli
aku bingung aku risau
celaru

buang segala perasaan
aku catu kembali memori
apa erti semua ini
hampa

biasakan diri aku begini
dulu juga aku gagah berdiri
tak perlu jatuh berkali-kali
sepi

dan melodi, berterusan

Saturday, May 18, 2013

#18



memang penat kalau begini selalu
lelah pun dah tak mampu
nak rindu macam tak perlu
nak cinta macam tak mahu

sudah pun berhenti segala lagu
tak seindah puisi dulu
kalau cinta tak perlu seribu
sesen apetah lagi tak mahu

aku cinta bukan untukmu
aku cinta pada diriku
tak guna cinta pada yang gitu
kalau hargai pun tak mahu

pung pang je semua tu
konon cinta mati selalu
padahal belakang tuhan je tahu
tapi bodoh tinggal tak mahu

silakan terus menabur abu
tuai lagi kata semanis tebu
bagi hati semua keliru
jangan marah bila aku tak mahu



Sunday, May 12, 2013

#17


dan setelah tamatnya hari itu
masih ada yang melaungkan kata-kata
masih ada yang teruskan dengan hasad
masih ada yang tak mahu menerima

mungkin ada baiknya
mungkin ada buruknya
apa pun kesudahannya
masih jauh perjalanan perjuangan mereka

yang telah diberi mandat
jangan punahkan kepercayaan mereka
tunaikan apa yang dijanji
jangan sekadar tinggal omongan manis

yang tak berjaya
nanti cuba lagi
usaha lagi
teruskan berjuang

mulakan dari sekarang
usahakan dari sekarang
jangan nanti dah dekat tempoh memangkah
baru nak menabur janji
nak menabur budi
nak menabur bakti
kan ketara meraih simpati

sudahlah mengata
teruskan sahaja usaha
bukan dengan sekadar kata-kata
laksanakan


Thursday, May 9, 2013

#16


umpama angin 
membawa aku terbang
melayang bersama angin
entah kemana jauh perginya 
tak tergapai aku mencari perginya

aku mencuba kembali
mencari cebisan hati
mengumpul semua terlerai sudah
terhenti aku dalam lamunan
tak terjaga
tak terkumpul
tak kembali

entah jauh mana perlu berkelana
mencari cebisan yang hilang
aku lelah mencari