Sunday, May 12, 2013

#17


dan setelah tamatnya hari itu
masih ada yang melaungkan kata-kata
masih ada yang teruskan dengan hasad
masih ada yang tak mahu menerima

mungkin ada baiknya
mungkin ada buruknya
apa pun kesudahannya
masih jauh perjalanan perjuangan mereka

yang telah diberi mandat
jangan punahkan kepercayaan mereka
tunaikan apa yang dijanji
jangan sekadar tinggal omongan manis

yang tak berjaya
nanti cuba lagi
usaha lagi
teruskan berjuang

mulakan dari sekarang
usahakan dari sekarang
jangan nanti dah dekat tempoh memangkah
baru nak menabur janji
nak menabur budi
nak menabur bakti
kan ketara meraih simpati

sudahlah mengata
teruskan sahaja usaha
bukan dengan sekadar kata-kata
laksanakan


No comments: