Saturday, April 27, 2013

#15


katanya cuma satu
yeah satu saja

satu kalau dikira
satu kalau dicatu
satu kalau dihitung
ditambah
ditolak
dibahagi
didarab

yang satu itulah 
yang bakal jadi penentu

kata nak damai
kata nak harmoni
demokrasi la apa lah
kalau tak sumbangkan yang satu
mana nak datang semua tu?

so marilah mari
kita mengundi
tunaikan kewajiban
pada negara

selamat mengundi semua :)


Friday, April 26, 2013

#14


percubaan
sekali 
dua kali
tiga kali
empat kali
kali ke lima

tiap kali berakhirnya percubaan
serik pedih sakit perih
dah putus asa
tak mahu
tapi jadi lagi

bukan salah kamu
bukan salah sesiapa
mungkin bukan masanya
mungkin bukan orangnya
mungkin bukan jodohnya
siapa tahu
hanya yang diatas sana
Dia tahu

sabarlah aku
sabarlah kamu
sabarlah kita


Thursday, April 25, 2013

#13


jangan pergi
aku minta
jangan pergi 
aku rayu

itu aku
aku yang dulu
yang menagih simpati
yang menagih cinta

aku tahu aku bodoh
aku tahu aku buta
aku tahu aku syok sendiri
aku tahu aku seksa diri

tapi itu tinggal dulu
aku dah muak sakit begitu
aku lepaskan diri
aku tinggalkan pergi
aku tak mahu lagi
aku cuma mau begini

cinta aku biar kau pergi
bersama dia yang kau cinta
aku tahu kau bahagia dengannya
aku biarlah dengan bahagiaku
begini


Wednesday, April 24, 2013

#12


bukan kecewa
bukan mengeluh
bukan merungut
bukan mengata

aku terima
aku bersabar
aku tunggu
aku biarkan

jauh mana perginya
jauh mana sabarnya
jauh mana agungnya
jauh mana hebatnya

tak jatuh
tak gentar
tak peduli
tak mahu

diam

Sunday, April 21, 2013

#11


yang pergi biarkan pergi
sudah lah tu
ya sudah

dah berjuta kali aku ulangi
sudah
sudah
sudah
sudah
sudah

dah lama aku tinggalkan
nak lupa payah sekali
aku sibukkan diri
sibuk itu sibuk ini
sibuk sana sibuk sini
yeah dah lupa

tapi
kadangnya tu
tersebut namanya
terhenti
bukankah aku dah lepaskan?
terhenti lagi
apa semua ni?
sudahlah
sudah
sudah
sudah
sudah
aku ulang lagi
sampai aku berhenti
untuk sekali lagi

Friday, April 19, 2013

#10


kita bisa bicara
kita bisa melihat
kita bisa mendengar
kita bisa mendiam
kita bisa membutakan mata
kita bisa mendiamkan diri

tapi kita takkan mampu mengubah mereka
yang berkata
yang memerhati
dan yang mendengar itu mereka

tak semua kita mampu tepis
tak semua mampu kita perbetulkan
tak semua mampu kita tutup
tak semua 

mereka dengan bicara mereka
pemikiran mereka
ya kita harus mengambil kira semuanya
tapi kalau diikut semua
seinci takkan kemana kita
apatah lagi nak sehasta 

biarkan mereka
asal kita tahu niat kita
asal kita tahu acara kita
asal kita tahu asal usul kita
dan kita tahu tujuan kia
ini untuk kita


Wednesday, April 17, 2013

#9


ada hari sendirian
ada hari termenung
ada hari ditemani
ada hari berteman

sedih dah
sepi dah
suka dah
senyum dah

siapa kata hidup ni payah?
siapa kata hidup ni lelah?
siapa kata hidup ni mudah?
siapa kata hidup ni tenang?

lain orang lain gayanya
sejuta kali ulang yang sama

kita senang ada yang susah
kita susah ada yang senang
kita sedih ada yang gembira
kita gembira ada yang sedih

biasalah
kata lumrah hidup
tak semua nasib sama
tak sama nasib semua
ulang masih cerita sama
cuma lain orang merasa
berputar dan meneruskan mengulang cerita hidup

suka?
bagus
tak suka?
lantak kau
dah tertulis
terima jelah
tak suka juga?
usaha
cakap saja tak guna
gerak jalan laksanakan
baru awesome


hitung



 70 days, 7 hours, 37 minutes and 52 seconds can be converted to one of these units:
6,075,472 seconds
101,257 minutes (rounded down)
1687 hours (rounded down)
10 weeks
*nampak tak malass disitu?*

takde 5 february tu
takde sekarang
remember that :)

ada apa dengan tarikh tu?
ada lah
nanti aku cerita
insyaAllah
mungkin 5 tahun akan datang? 


Tuesday, April 16, 2013

#8


jangan dirayu yang tak sudi
jangan dipaksa yang tak mahu
kalau dah benci tinggal juga
sejuta alasan bermain diminda

tak guna kau mengenang memori
tak guna kau memaki mencaci
kalau hati dah memang beku
cinta mati pun boleh suruhnya pergi mati

tak payah kau peduli hidupnya
tak payah kau kisahnya
biarkan saja dia pergi
tak sakit hati, tak jiwa mati

biar dia bahagia disana
bersama cinta hatinya
hari ini dia cinta
esok lusa entah apa

doakan saja
biar mereka kekal ke anak cucu
dan moga diri juga jumpa sinar bahagia
walau bukan bersama dia

#7


datang tak dicari
pergi tak dipaksa
tinggal ada disisi
dalam gelap dalam nyata

jangan dikesal yang telah pergi
jangan pula ditatang yang mendatang
yang pergi relakan pemergiannya
yang datang terima seadanya

segalanya atas usaha
rancangan kita yang punya
yang menentukan jauh nun disana
dari alam hakikinya

jangan disoalkan
pasti ada ceritanya
sebabnya hikmahnya
sabar

Tuesday, April 9, 2013

#6


parasit memamah positif minda
menjajah segenap pemikiran
menghancurkan khayalan
positif aku jatuh berciciran
tiap kali parasit menjamah positifku
nyahlah kau tinggalkan aku
biarkan aku bertemankan positifku

aku ingin bebas
seperti burung terbang tinggi di awan
seperti rama-rama lepas dari kepompongnya
seperti ikan di lautan
seperti hemoglobin bergerak bebas dalam badan
mungkin dengan bebasnya aku
akan hilang segala negatifku
mungkin saja

sudahlah
carikan aku penghapus parasit
yang paling kuat
yang berkesan
biar hakis semua macam asid sitrik dalam perut
mati semua parasit mati
aku hanya ingin hidup
hanya ingin gembira
hanya ingin bebas lepas lega bernafas






#5


tak bersuara tak bererti diam
tak melihat tak bererti tak memandang
tak mendengar tak bererti tak ambil tahu
sekadar mendiam
mudah

bukan aku tak nak bersuara
bukan aku tak mahu melihat
bukan aku tak ingin mendengar
aku rimas
lemas

teruskan saja perjalananmu
itu pilihan kau, kau, kau, dan kau
aku hanya mampu senyum
aku hanya mampu iyakan
aku hanya mampu nasihatkan
aku hanya mampu ceriakan
yang berjalan itu kau
yang meniti itu kau
bergolek, melompat, berlari mahupun mengesot juga kau

aku
pemerhati setia

#4


SeruanNya lagi
kali ini ditemani irama guruh
kilat sesekali menerangi ambiance

sudah lama aku mendiam
sudah lama aku tinggalkanNya
patutlah aku sering diuji
aku akur
aku lalai
aku lupa
aku bodoh
cintaNya yang utama
cinta itu yang patut aku kejar
ya cinta itu

bukan cinta duniawi
cinta materialistik
biar cinta ilmu
biar cinta tuhan
biar cinta alam
biar cinta begitu

aku ingin kembali padaMu