tak bersuara tak bererti diam
tak melihat tak bererti tak memandang
tak mendengar tak bererti tak ambil tahu
sekadar mendiam
mudah
bukan aku tak nak bersuara
bukan aku tak mahu melihat
bukan aku tak ingin mendengar
aku rimas
lemas
teruskan saja perjalananmu
itu pilihan kau, kau, kau, dan kau
aku hanya mampu senyum
aku hanya mampu iyakan
aku hanya mampu nasihatkan
aku hanya mampu ceriakan
yang berjalan itu kau
yang meniti itu kau
bergolek, melompat, berlari mahupun mengesot juga kau
aku
pemerhati setia
No comments:
Post a Comment