Tuesday, April 16, 2013

#8


jangan dirayu yang tak sudi
jangan dipaksa yang tak mahu
kalau dah benci tinggal juga
sejuta alasan bermain diminda

tak guna kau mengenang memori
tak guna kau memaki mencaci
kalau hati dah memang beku
cinta mati pun boleh suruhnya pergi mati

tak payah kau peduli hidupnya
tak payah kau kisahnya
biarkan saja dia pergi
tak sakit hati, tak jiwa mati

biar dia bahagia disana
bersama cinta hatinya
hari ini dia cinta
esok lusa entah apa

doakan saja
biar mereka kekal ke anak cucu
dan moga diri juga jumpa sinar bahagia
walau bukan bersama dia

#7


datang tak dicari
pergi tak dipaksa
tinggal ada disisi
dalam gelap dalam nyata

jangan dikesal yang telah pergi
jangan pula ditatang yang mendatang
yang pergi relakan pemergiannya
yang datang terima seadanya

segalanya atas usaha
rancangan kita yang punya
yang menentukan jauh nun disana
dari alam hakikinya

jangan disoalkan
pasti ada ceritanya
sebabnya hikmahnya
sabar

Tuesday, April 9, 2013

#6


parasit memamah positif minda
menjajah segenap pemikiran
menghancurkan khayalan
positif aku jatuh berciciran
tiap kali parasit menjamah positifku
nyahlah kau tinggalkan aku
biarkan aku bertemankan positifku

aku ingin bebas
seperti burung terbang tinggi di awan
seperti rama-rama lepas dari kepompongnya
seperti ikan di lautan
seperti hemoglobin bergerak bebas dalam badan
mungkin dengan bebasnya aku
akan hilang segala negatifku
mungkin saja

sudahlah
carikan aku penghapus parasit
yang paling kuat
yang berkesan
biar hakis semua macam asid sitrik dalam perut
mati semua parasit mati
aku hanya ingin hidup
hanya ingin gembira
hanya ingin bebas lepas lega bernafas






#5


tak bersuara tak bererti diam
tak melihat tak bererti tak memandang
tak mendengar tak bererti tak ambil tahu
sekadar mendiam
mudah

bukan aku tak nak bersuara
bukan aku tak mahu melihat
bukan aku tak ingin mendengar
aku rimas
lemas

teruskan saja perjalananmu
itu pilihan kau, kau, kau, dan kau
aku hanya mampu senyum
aku hanya mampu iyakan
aku hanya mampu nasihatkan
aku hanya mampu ceriakan
yang berjalan itu kau
yang meniti itu kau
bergolek, melompat, berlari mahupun mengesot juga kau

aku
pemerhati setia

#4


SeruanNya lagi
kali ini ditemani irama guruh
kilat sesekali menerangi ambiance

sudah lama aku mendiam
sudah lama aku tinggalkanNya
patutlah aku sering diuji
aku akur
aku lalai
aku lupa
aku bodoh
cintaNya yang utama
cinta itu yang patut aku kejar
ya cinta itu

bukan cinta duniawi
cinta materialistik
biar cinta ilmu
biar cinta tuhan
biar cinta alam
biar cinta begitu

aku ingin kembali padaMu




Monday, March 25, 2013

#3


aku menghitung masa
saat ke saat
minit ke minit
jam ke jam
hari ke hari
minggu ke minggu
bulan ke bulan
tahun ke tahun

tiap masa belum berhenti menghitung

selagi aku bernafas
selagi aku berjasad
ada roh menemani
aku masih menghitung

kau mengeluh apa
bukan kau yang rasa
biarkan aku terus menghitung

satu hari nanti
dia akan tiba
untuk aku
aku tunggu

Friday, March 22, 2013

#2


kekanan
kekiri
kedepan
kebelakang

tiap penjuru aku toleh
kaku
tidak sendiri
tapi kosong

puas berharap
berhenti berharap
aku tak mampu

doa sejuta kali
mohon merintih 
tak guna

hasil tak datang bergolek
tak jugak berdiam berpeluk tubuh
gelak pun tak mampu
aku redha

Monday, March 18, 2013

lelah


aku berlari
aku lelah
berdiam aku
perit pedih menyimpan
nak luah dah muak

masih disimpan
nak buang sayang
tak buang seksa
positifkan segala
tenang hati

teriak segenap ruang hati
tak berdaya menyimpan berlinang
seteguh sekuat sehebat
rebah dalam pangkuan memori
aku kalah

berhenti berlari
belajar menerima
masa depan teroka tak pasti tak apa
aku cuba
aku okay