alhamdulillah
penutupnya bulan november
semakin dekat dengan final
memang dah melekat dengan final sekarang
seriously makin busy
dalam kesibukan ni
dugaan datang mencurahcurah
bukan lagi umpama mencurahcurah ke ladang koko macam iklan cococrunch tu
banyak yang aku belajar
ada yang merisaukan aku
aku bimbang
kisah aku dan dia tiada kesudahannya
izinkan aku melepaskan rasa ini
pergi saja rasa itu
aku harus belajar untuk berdikari
walau perit
mungkin masanya telah tiba
cinta,
kau hadir saat aku rebah
kau pergi saat aku perlu
kau muncul saat aku hiba
kau berlalu saat aku mengharapkanmu
cinta,
andai aku masih difikiranmu
maafkan aku kerana menganggu fikiranmu
bukan niatku
tapi hati ini sentiasa ada untukmu
dan masih menunggu walaupun kau tak mahu
aku tidak memaksa dan aku bukan terpaksa
aku rela
tabahkan perjalananku
moga aku masih ada dalam doamu
doakan aku mencapai cita-citaku
doakan aku sihat selalu
walau kau tiada lagi denganku
aku doakan kau bahagia dengan orang baru
assalamualaikum
No comments:
Post a Comment