bila diam
tiada suara
segalanya bermain di kepala
yang negatif datang mencurah
tiada secebis pun positif
tangisan beribu titisan
tidak menghilangkan sakit
rasa bodoh dalam diri
penyesalan tiada guna
tiada istilah rewind dalam hidup
kau jatuh kau bangun
mahu atau tidak
kau kena teruskan
walaupun payah
berdiri seorang
sakit, perit
teruskan saja
dalam mimpi aku bisa hilang
umpama belon maju ke langit
lalu hilang
realiti?
mana mungkin aku hilang
melainkan aku mati
aku belum sedia
tapi aku rasa mahu pergi
tinggalkan semua ini
selangkah demi selangkah aku pergi
maaf buat semua
mama, abah
aku sudah penat
untuk terus senyum
bila aku hilang nanti
maafkan aku
No comments:
Post a Comment