Friday, March 25, 2011

buat kamu cintaku

kehadapan kamu cintaku,



semakin hari semakin aku rindu
semakin hari semakin kau enak menyakiti hatiku
kau hancurkan hatiku
walau kau tahu aku setia menanti

wahai cintaku
aku bersyukur kau pernah hadir
dan membahagiakan aku
aku gembira kau pernah ada
saat aku perlukan kamu
aku bersedih kini
kerana kau telah pergi
tapi aku senyum kembali
asalkan aku tahu kau gembira disana

wahai cintaku
hadirnya dirimu memberi aku kenangan
memori indah
suka dan duka
pahit dan manis
segalanya aku rasa
dan sekali lagi aku berterima kasih
khas buatmu

wahai cintaku
seandainya aku masih diberi peluang
untuk terus berada disisimu
akan aku terus cuba
membahagiakanmu
andai kamu bukan untukku
dan kamu ditakdirkan untuknya
sesungguhnya aku akan berdoa
moga berbahagia kamu bersama dia

walau hatiku berat untuk melepaskanmu
tetapi aku tahu
ini terbaik buatmu
buatku
buat kita
untuk menilai kembali
dimana salah dimana silap
dimana kurang dimana lebih

masih
yea
aku masih menantimu
aku masih menunggumu
hari silih berganti
aku masih berharap
aku masih mengharapkanmu
aku masih menyintaimu
dan akan terus
terusan begini

ramai yang berkata
mengapa terus menanti
tidak cukupkah aku kau sakiti
aku hanya mampu tersenyum
membiarkan diriku ditemani tangisan
tatkala aku merindukanmu

ingin saja aku mencari pengganti
aku perlukan seseorang
aku sangat lemah disaat ini
aku perlukan seseorang untuk tenangkan aku
aku perlukan seseorang untuk yakinkan aku
aku perlukan seseorang untuk gembirakanku
tapi hatiku masih mengharapkan kamu
hanya kamu yang bisa membuatku tersenyum
riang seperti dahulu

aku masih ingat
segalanya masih segar dimemori
tetap utuh

terima kasih cinta :)

in memory 15may2010-8march2011
you'll always be here
in my heart :)
always love you

yours,
dibalukaduka



No comments: